Pilihan raya kecil DUN Seri Setia 2018 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan raya kecil ADUN Seri Setia di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang ketiga selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, 56 tahun (PKR) yang meninggal dunia akibat kanser usus tahap 4 pada 2 Ogos 2018 lalu. Menurut SPR, sama seperti PRK ADUN Balakong, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Halimey Abu Bakar berjaya mengekalkan kemenangan PKR dengan memperolehi majoriti sebanyak 4,027 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

PartiNama CalonUndiKeputusan
PH-PKRHalimey Abu Bakar13,725Menang
PASDr Halimah Ali9,698Kalah